Sunday, 22 November 2015

Umrah pada Musim Sejuk pada 27/12/2014 - 10/1/2015 (Andalusia)

Musim Umrah tiba lagi. Selamat berangkat kepada tetamu Allah. Semua yg pegi ada hajat masing2. Siapa yg tak nak pegi Umrah semua berhajatkan? Bila musim ni tiba hatiku tiba2 sayu teringat2 aku masa aku disana. Bilalah lagi dapat aku ke sana lagi? Semua orang yg telah ke sana faham maksud aku kan? Sesiapa yg berangkat ke sana tolong lah doakan aku  & family agar dapat ke sana lagi ya.

Kepada yg berhajat ke sana pilih lah package yg. berdaftar, pilih lah package yg boleh dipercayai, cari info2 dulu baru decide yg mana berkenan. |Jangan pilih company yg. banyak berjanji bulan dan bintang takut sampai disana nanti janji tinggal janji. Atau pun ada penambahan wang last minute, jadi budget kita dah lari, pada yg. mampu tak jadi masalah jika sebalik nya susah aku nak cakap. Yang berhajat menunai ibadah Umrah nasihat ku pegi lah kursus yg disediakan, jgn pegi dengan hati yg kosong isilah dgn ilmu2 nya dulu. Jika anda pegi dgn Andalusia disana nanti anda kan diberi pencerahan lagi. Ada kemusyikilan boleh dirujuk dgn ustaz2 disana.

Package yg boleh dipercayai yg pasti Tabung Haji. Kalau swasta pulak Andalusia, company ni boleh dipercayai Insyaallah. Biar hotel jauh tapi niat kita paling utama. Nak dekat bayar lebihlah kan. Tapi kalau duit kita cukup2 janji dapat sampai ke sana, dah memadai. Lagi pun kita nak pi beribadat yg lain2 tu tolak ke tepi Insyaallah dipermudah kan oleh nya.

Terima kasih ku pada Tuan Haji Ibrahim Mat Sin, Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. kerana telah banyak membantu ku serta keluarga mengerjakan ibadah Umrah tempohari. Walaupun jarak hotel di Mekah 600 meter tapi tak menjadi masaalah pada kami sekeluarga. Makanan pula tak menjadi masaalah di Andalusia memang mencukupi, bagi ku sangat mewah sehingga nak tidur malam pun makanan masih ada. Syukur Ya Allah.Terima Kasih Andalusia.

Pegi Umrah pada musim ni amat nyaman sekali. Cuaca di Mekah macam di Cameron Highland lah senang cerita. Madinah pula lebih sejuk. Jeddah pun macam Madinah. Jika sesiapa nak merasai musim sejuk disana datanglah pada waktu ini. Musim sejuk ni dari bulan december hingga lah bulan february.

Dibawah ni aku senarai kan barang2 yg perlu dibawa ke sana.

Wanita

1.  Telekung   ( 2 helai)
2.  Mini telekung  (kalau tak de beli kat sana 10 riyal satu)   (2 helai)
3.  T shirt muslimah berzip hadapan     (2 helai)
4.  Jubah berseluar/ Jubah labuh (baju kurung pun ok) (2 pasang)
5.  Seluar panjang cotton putih (beli kat sana pun boleh 10 riyal satu) (2 helai )
6.  Anak tudung       (2 helai)
7.  Sarung lengan     (2 pasang)
8.  Stoking Tawaf (bertapak tebal)   (2 pasang)
9.  Sejadah nipis / kecil   (1 helai)
10.Stoking nipis (harian)    (4 pasang)
11.Uncang Selipar (Plastic sayur pun boleh jugak)   (1)
12.Krim palembab kulit/tumit/bibir (minyak baby/minyak zaitun pun boleh) (1)
13.Alat2 mandian & pisau cukur
14.Padlock kecil / kunci (utk  kunci beg)   (2 unt)
15.Gunting kecil / pengetip kunci
16.Handphone jgn lupa lak
17. Buku doa/Surah yaasin/bacaan di Tanah Suci
18. Kasut ringan / Selipar Jepun
19. Penyangkut baju (bawa senang nak ampai baju jgn lupa bawa penyepit baju sekali)
20. Marker Pen (dakwat kekal) senang nak label beg nanti
21. Opp tape pun bawa senang nak tanda beg (maklumlah ramai dlm group)
22. Botol air wuduk (spray)
23. Tasbih
24.  Kamera
25.  Tuala Wanita (dekat sana mahal beli siap2 kat sini ya)
26. Sabun serbuk bawak dari sini (Senang nak basuh baju)
27. Pakaian dalam secukupnya

Lelaki

1.   Kain Ihram (2 pasang) jgn berjahit
2.   Tali pinggan Haji (1 utas)
3.   T' shirt putih berzip dihadapan (3 helai)
4.   Seluar panjang cotton putih (2 helai) kat sana pun ada jual 1 helai 10 riyal
5.   Baju Melayu (2 pasang)
6.   Kain pelekat  (2 helai)
7.   Botol air wuduk (spray)
8.   Sejadah nipis (1)
9.   Buku doa/Surah Yaasin/ bacaan di Tanah Suci
10. Selipar jepun (Biar nampak jari kaki jangan pakai yg bertutup)
11. Uncang selipar (Plastic pun boleh)
12. Krim palembab kulit/tumit/bibir
13. Alatan mandian / Pisau cukur
14. Padlock kecil/ besar
15. Gunting kecil/pengetip kuku
16. Marker pen (dakwat kekal)
17. Stokin (jika perlu)
18. Kasut ringan (jika perlu)
19. Tasbih
20. Handphone jangan lupa
21. Kamera
22. Penyangkut baju
23. Sabun serbuk bawak dari sini (Senang nak basuh baju) kalau tak sabun mandi pun ok juga
24. Pakaian dalam secukupnya

Ubat ubatan

Nasihat ku bawak ubat ubatan yang biasa kita ambik di tanahair. Sebelum tu refer ngan doctor yang biasa kita temui untuk rawatan. Apa2 pun mintak surat doctor dan minta mereka list apa ubat yg diberikan kepada kita untuk bekalan. Ubatan yang biasa kita ambil dan perlu dibawa,

1. Ubat Demam
2. Ubat batuk
3. Ubat cirit birit
4. Tiger balm / Minyak cap kapak / Minyak panas/Minyak gamat
5. Bawa bekal antibiotik untuk demam
6. Ubat sakit tekak
7. Ubat sakit perut
8. Ubat angin
9. Tahan sakit
10.Kurang bengkak untuk sakit gusi / sakit gigi
11.Ubat urat
12.Gastrik
13.Plaster (untuk luka2 kecil)
14.Ubat selsema / Tahan gatal / Alahan
15.Tahan Muntah
16. Sanitizer
17. Tissue basah / Wet tissue
18. Vitamin C

Yang selebihnya tolong rujuk dengan doctor anda ya. Nasihat ku ambik vaksin tambahan iaitu  Vaksin Influenza (Harganya sekali suntikan dlm RM60 untuk setahun ambik sebulan sebelum berangkat ke tanah Suci).

Insuran

Aku nasihatkan ambiklah insuran untuk cover pelbagai. Agent Umrah akan cover untuk kemalangan dan kematian sahaja. Tapi yang selebihnya pandai2 lah kita ya. Oleh itu sediakan payung sebelum hujan.Keluarkan sedikit wang untuk beli tambahan insuran untuk anda dan keluarga yg ditinggalkan. Anda boleh mewasiat kepada mereka.


Note

Kebanyakan yg gi sana pasti shopping jugakan oleh itu bawalah beg spare siap2 ya. Dan bawalah tanda beg kita samada pakai kain, reben dan letak nama kita jugak ya untuk permudahkan kita mengenali beg kita.



Masjidil Haram

Masjid Quba

Kat sebatang jalan di Mekah

Kat perkarangan Hotel Al Hayatt Jeddah bersama2 anak

Suamiku di perkarangan Hotel Al Hayatt Jeddah

Masjid Nabawi @ Madinah (nampak kubah hijau tu, dibawah tu lah makam Nabi Muhammad)

Suamiku di perkarangan Masjid Nabawi

Bukit uhud 

Pukul 2am selepas habis Umrah yg pertama

Satu tempat lawatan di Mekah

Nampak tak tren2 tu dibelakang Kaabah

Polis mengawal salah seorang imam diMekah

@ 2am baru selesai Umrah yg pertama

Maqam Baqi

@ Lobby Hotel Mubarak Silver Madinah

Melawat Ladang Kurma

@ Ladang Kurma (nak beli kurma belilah disini murah & segar)

@ Ladang Kurma bersama Suami & anak2 (posing jap)

@ Jabal Rahmah 

Dikaki bukit uhud


@ Masjid Nabawi (dibelakang tu penghadang diantara lelaki & perempuan)

@ Masjid Nabawi

Didalam Masjid Nabawi

Suamiku di luar pagar Makam Baqi

Didepan Hotel Hilton Madinah

Malam terakhir kami di Madinah

Didepan Hotel hilton Madinah (Aku & Eqal)



Malam terakhir Ameer di Madinah (Ameer sedih tu()

Eqal di perkarangan Masjid Nabawi - malam terakhir

Tengok whatapps jap - khabar orang kg


Dihadapan Hotel Hera Mekah

Dihadapan Clock Tower Mekah

Diperkarangan Masjidilharam

Dibandar Jeddah

@ Jeddah

@ Bandar Jeddah

Dalam Flight MAS - Business Class

Eqal & Ameer @ Business Class MAS




Salam Sayang
Sarina Isa



Thursday, 5 November 2015

Terima Kasih Suamiku

Aku bersyukur kerna telah dipertemukan jodoh dengan mu. Wahai suamiku aku amat ber terima kasih kepadamu. Saat aku ingin rebah engkaulah tempat ku berpaut.Saat aku tersungkur, engkaulah org yg tolong bangunkan aku. Engkau adalah lelaki yg bersopan santun, tutur katamu  lemah lembut membuat semua org yg mengenalimu akan jatuh sayang padamu.Walaupun aku agak keras kepala tapi engkau lah yg boleh melembutkan aku. Engkaulah orang yg membuat aku mengapai cita cita ku, engkaulah yg selalu ada, saat aku memerlu seseorang. Waktu aku sakit kaulah org yg menjagaku tanpa lelah. Setiap kali aku ingin masuk ke operation room kau lah yg menangis untuk ku. Walaupun perkahwinan kita sudah menjangkau ke 21 tahun, tapi kasih sayang engkau tidak pernah pudar. Walaupun kadang2 kau amat letih tapi kau masih ada masa untuk  menghantar dan menjemputku pulang dari kerja seperti saat awal perkenalan kita dulu.

Aku doakan suamiku akan diberi kesihatan yg baik dan diberkati Allah selalu. Jika aku pergi dulu aku redha engkau cari penggantiku. Aku ingin coretan ni akan hidup selamanya.Biar engkau tahu bertapa aku menghargai engkau.Walaupun kita hidup sederhana tapi aku gembira. Susah senang kita bersama. Walaupun tidak ada pemberian emas permata dari mu, tapi aku bahagia, yg paling penting bagiku hatimu, kasih sayangmu, itu sudah memadai bagiku.

Pintaku biarlah kebahagian kita sampai ke akhir hayat. Aku ingin jumpamu disyurga. Aku ingin bersama mu disana. Jika aku ada membuat salah kepadamu tlg maafkan aku,halalkan makan minum ku semoga aku dimasuk ke dalam isteri yg solehah. Aku cuba menjadi seorang isteri yg terbaik dan ibu yg baik buat anak2 kita. Apa2 yg aku lakukan tlg redhakan aku.

Terima kasih suamiku, Halalkan makan minum ku, Doakan aku dan maafkan aku selalu. Ketahuilah suamiku, aku amat menghargaimu. Setiap saat, setiap hari aku doakan dikau Suamiku.