Sunday, 27 September 2015

Jalan - Jalan ke Bandung 15/9/2015 (Day 5)

Sampai masanya kami akan pulang ke Malaysia. Kalau ikutkan memang ada lagi tempat yg ingin kami kunjungi. eeh cukup2 lah tu.... ada rezeki datang lagi yek. Flight kami pukul 1405pm by Malindo Airlines. Check out from hotel 1200pm. ada masa lagi ni.....

0800am - Breakfast hari terakhir, rindu lak kat staff2 sini. GM dia org pun ok. Turun padang tanya ada apa2 masalah tak semasa kami menginap disini, kami kata ok apa lagi aku bagi 5*. macam tu lah boss besar.

0900am  - Aku & family nak cover lagi 1 tempat, nasib baik dekat aje dari hotel ni 5-10 minit jln kaki. Nama tempat nya SECRET FO. Aku syorkan sesiapa yg dtg sini singgah tau. Aku suka tempat ni.

1130am  - Kami pun bertolak ke Airport tak jauh pun dari hotel 20minit je. Biar cepat jgn lambat. Kalau semua dah beres boleh rehat kat cafe di dlm airport sambil minum & makan tak mahal dlm RP110,000 /ppax. Disitu tersedia bilik sembahyang khas lagi. Check in bagasi, imigresen semua staff nya uruskan. Puas hatilah layanan mereka.

1405pm  - Bye bye Bandung


* Dibawah ni aku huraikan perbelanjaan ku disini semoga serba sedikit dpt menjadi panduan utk sesiapa yg hendak melancong ke Bandung ni.

1. Flight
    - Airasia / Malindo

2. Hotel
    - Ivory by Ayola

3. Perbelanjaan utk Shopping (Aku, suami & 3 org anak)
    - RM1,000 je

4. Cost Ticket Flight + Hotel + Tour+ Insurance (VIP) + Makan Minum + Tipping for driver for 5day
     - RM1,499 /ppax

5. Jika ada budget kecik pun boleh pergi ikut kemampuan masing2 & keselesaan.


Note : Dah ada ticket? Nak ground tour + makan boleh email   sarinaisa71@gmail.com . Saya boleh urus kan mengikut budget anda. Khidmat insurance pun saya boleh bantu. Nasihat saya jika kita ke luar negara belilah insurance untuk cover apa2 terjadi pada kita & family.Jika tak ada apa2 berlaku alhamdulillah. Beringat sebelum kena.Sediakan payung sebelum hujan tak gitu.


Secret factory outlet
 
@ Secret

Posing sebelum balik


With Farah 



Apak aku dah kekenyangan tunggu nak boarding

Happy Kak Aida




Salam Sayang dari ku
Sarina Isa






Jalan - Jalan ke Bandung 14/9/2015 (Day 4)

Dah hari ke4 hari ni, cepatnya masa berlalu. Hari ni kami akan ke Bandung Valcano & Shopping. Hari ni kami akan keluar awal, sebabnya banyak tempat tak cover lagi ni.....sempat tak ni.

0630am - Kami dah turun untuk breakfast
0700am - Pak driver dah tunggu tu. Kejap ya Pak, anak ku yg kecik tiba2 sakit perut & muntah

0730am - Kami menuju ke Tangkuban Perahu yang terletak lebih kurang 1jam from Bandung. Ia
terletak disebelah utara Bandung. tempat ni berada dikawasan Lembang. Kawasan ni macam Cameron Highland kat sini. Sebelum ni tempat ni agak dingin cuaca dalam 17celcius pada siang hari dan malam boleh turun hingga 2celcius  itu dulu, tapi waktu aku pergi dah tak dingin lagi. Salah satu factornya pembangunan yg banyak macam cendawan tumbuh dan mungkin juga musim kemarau sekarang ni.

0900am - Kami selamat sampai ke Gunung Tangkuban Perahu salah satu Valcano yg masih aktif. 40 minit aje kami kat sini sebab rimaslah dgn org2 yg asyik ikut kita kesana dan kemari tak senang kami nak melihat kawah dan pemandangan yg cantik ni.Sesiapa yg dah pergi kat sini faham maksud  aku ni kan.

0940am - Kami pun turun dari gunung. Kalau ikut jadual kami akan melawat Tea plantation & take a rest @ Ciater Hotspring, tapi malang nya tak jadi singgah ini disebabkan anakku Ameer tak sihat. kami minta Pak driver terus aje pergi ke Kampung Daun art & Culture Cafe. Pak driver tanya 'tak awal ke nak pergi lunch ni'. Aku jawab 'ngak apa', bolehlah kami rest dulu kat sana.

1100am - Kami sampai @ Kampung Daun art & Culture Cafe. Memang cantik tempat ni, berbaloi, sesiapa tak singgah memang rugi. Apak ku kata ' kalau kat sini sampai petang pun tak apa'. View nya memang cantik. Kat sini you can feel the fresh atmosphere, natural forest valley & the sound of waterfall & river masa having the lunch. Masih makanan Sunda tapi tak pe, janji sedap. Kami order desert yg agak sedap iatu Surabi Kinca, Surabi Oncom, Colenak & Bandrek iaitu air kelapa campur dgn halia dan diletak gula melaka kata mereka ini bagus untuk anak ku yg sakit perut & muntah2. 2 jam jugak kami kat sini. sembahyang pun kami kat sini cantik suraunya bersih.

1500pm  - Kami melawat Rumah Mode the Biggest Factory outlet in Bandung, located @ jln Setiabudi. Berbaloi beli barang kat sini aku pun bershopping lah jugak ini pun untuk anak2 ku. Tempat ni memang kena dgn jiwa ku. Sesiapa yg ke Bandung mesti datang sini k..

1700pm  - Sekarang kami ke Danar Hadi Boutique Bandung sesiapa yg nak beli batik yg exclusive bolehlah dtg kat sini, Aku dtg sini pun nak teman Kak Aida sebab dia memang suka batik ni.

1900pm  - Dinner @ 1 restoran yg tak ingat namanya, makanan  Sunda lagi tapi ok kena dgn tekak aku ia  terletak berdekatan hotel kami aje.

2100pm  - Back to hotel ......zzzzzzzzzz.



Tangkuban Perahu

 







Danar Hadi Boutique

Apak & Mak @ Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu


Tangkuban Perahu

Kampung Daun
 
Tangkuban Perahu

Apak & Mak @ Kampung Daun


Kampung Daun

Kampung Daun


Rumah Mode 

Kampung Daun







        

Saturday, 26 September 2015

Jalan - Jalan ke Bandung 13/9/2015 (Day 3)

Hari ni semangat ku berkobar2 nak menulis ,selepas subuh tadi aku tak boleh sambung tidur lagi, ingatkan nak habis cepat je cerita bandung ku ini. Cepat habis aku boleh cerita trip ku ditempat lain pulak. Aku amat bersyukur kerana aku dibagi peluang olehnya untuk pergi melancong. Tempat2 yg aku dah pergi seperti dibawah ni;


1.   Umrah

2.   China
      - Beijing

3.   Thailand
       - Bangkok
       - Pattaya
       - Krabi

4.   Singapore

5.   Indonesia
      - Medan
      - Bali
      - Bandung
      - Jakarta

6.   Korea Selatan
      - Seoul

7.   Australia
      - Melbourne


8.   New Zealand
      - North Island


9.   Turki
      - Istanbul
      - Bolu
      - Safranbolu
      - Cappodacia
      - Ankara
      - Pamukkale
      - Konya
      - Izmir
      - Bursa


10. United Kingdom
      - London
      - Oxfordshire


11. Europe
      - Paris
      - Switzerland
      - Germany
      - Netherlands
      - Brussels

12.  Italy
       - Rome
       - Vatican City
       - Florence
       - Verona
       - Venice
       - Milan
       - Pisa


Jom kita sambung cerita @ Bandung

13/9/2015 (Day 3)
 Shopping day, sukalah temanku Kak Aida (kakak angkat) hari ni hari dia, semalam tu hari aku. Macam biasa  lepas breakfast pukul 9am Pak driver ambik kami untuk pergi ke Pasar Baru kat sini macam2 ada telekung, baju, tudung, kain lace, nak tempah baju pun ada (1 hari siap) bak kata orang semuanya adalah, siap aje duitnya. Bagi aku dapat beli telekung pun cukup lah. Time meniaganya dari pukul 9am - 5pm je. Kalau nak beli freeze magnet, key chain & t'shirt Bandung kat sini murah. Lepas tu mesti pandai bargain harga (3 jam jugak kami kat sini). 12pm kami ke Toko Tiga Jeans store, famous branded jeans store with cheap price & discount rate, tapi bagi aku rimaslah kat sini tak payah pergi pun tak apa. 1pm aku singgah jap kat - Cihampelas  - Jeans Street kat sini pun tak payahlah buang masa je jugak . Hari ni lunch kami ambik lambat sikit maklum lah sibuk shopping kul 2pm baru kami sampai kat 1 Restoran yang cantik ni namanya aku lupa tapi decoration restoran nya bertemakan English Style. Lunch hari ni jugak kami dihidangkan dengan nasi liwet lagi tapi tak sesedap macam kami makan kat Saung Gawir Resto Ciwidey . Apa2 pun syukur kami masih diberi rezeki untuk makan alhamdulillah. Disini jugak kami sembahyang zuhur & asar. Waktu sembahyang disini subuh @ 0450am, zuhur @ 1152 am, asar @ 3pm, maghrib @ 6pm & isyak @ 7pm. Selepas 2 jam rehat kami pergi ke Diaz jual handbag tak payah lah pergi barang nya tak berkualiti jgn buang masa. 5pm kami ke Terminal Tas kat jln dago berhadapan dgn Heritage,Cascade & Summit FO kat sini aku syorkan sesiapa nak shopping bag grade AAA branded boleh beli kat Terminal Tas passport kena bawak sebab cashier kat sini nak key in details @ pos system. Kat Cascade FO brg budak2 murah kalau pergi tingkat atas sekali ada tempat sale 70% baju kanak2 cuma RM12 je baju2 nya ber quality. Kat Summit brg2 nya biasa2 aje tak payah pergi. 7pm kami dinner @ Praoe Seafood famous seafood restaurant in Bandung located in the central of Bandung. 9pm kami balik ke hotel....zzzzzzzz.


Pasar Baru @ Bandung

Terminal Tas

Dinner @ Praoe Seafood restaurant

Diaz Hand Bag & Shoe 


Anak ku Eqal dihadapan Terminal Tas


Aku & Kak Aida Family - Lunch @ Restoran  (Nama lupa lak)|

Anak2 ku Ameer, Eqal, Apak & Mak sabar menunggu makanan


Heritage FO

Dinner @ Praoe Seafood - Posing jap


Apak ku posing @ Restoran after Lunch

Cascade FO

Toko Tiga


Anak ku Danial depan Terminal Tas

Danial rehat jap after lunch @ restaurant


Dalam Toko Tiga

Aku & Apak ku @ Toko Tiga - Tengok tu apak ku happy sebab dapat beli seluar yg dia suka

Toko Tiga - Alteration seluar di sediakan


Sebelum keluar shopping Apak ku, Abg Izhar (Suami Kak Aida), Suamiku & Anak2 ku sempat bagi 1 pose 








 


Jalan - Jalan ke Bandung 12/9/2015 (Day 2)



Kat sini pukul 0452am dah masuk waktu subuh. Pukul 7am kami pun turun kat cafe utk breakfast. Makanannya simple aje tapi best. Yang paling ok coffee nya memang pandailah barrista nya, aku bagi 5*. Pukul 9am kami pun pergi ke Kawah Putih kalau tak jammed 2hr 30mnt sampai lah, nasib baik hari ni sabtu kalau hari lain mesti kena 5hr itu kata driver kami. Selalunya pelancong dari Malaysia tak ramai pergi kat sini tapi kalau tak pergi rugi sebab view sepanjang jalan cantik sekali. Sawah padi disini agak special ada padi dah sedia utk dituai, baru nak ditanam pun ada, tengah menghijau pun ada senang cerita tak kira musim lah. Pada pandangan aku org kat sini rajin semua tanah kosong tak dibiarkan.Kalau kat Malaysia buat cam nikan ok,Daun bawang banyak ditanam, sayur bracolli pun banyak, kobis, strawberry & blackberry. Tapi ladang Strawberry kat Cameron Highland lagi ok. Kawah putih ni terletak dibahagian selatan bandung, ia terletak dikawasan Ciwidey di Gunung Patuha. Ia adalah gunung berapi yg tidak aktif lagi. Nasihat aku jgn lah bawak baby kat sini sebab bau sulfurnya terlalu kuat binatang pun tak ada kat sini. Oh ya mask jgn lupa bawak nanti pening pulak. Sini pun dah tak dingin lagi jadi tak payahlah  pakai baju tebal2 kata driver kami dulu kat sini masih sejuk tapi start tahun ni cuaca semuanya berubah musim kemarau kot, sebab 5 hari kami kat sini tak ada hujan pun. Kat Kawah Putih ni kami dihiburkan oleh seorang kerdil dengan lagu Sunda nya terhibur jugak lah kami. 1151am waktu zuhur pun masuk dan kami ambik kesempatan utk bersembahyang disini ,tapi kesian nya tempat wuduk nya 1 aje bercampur lelaki dan perempuan. Lepas sembahyang kami turun ke kaki gunung dan kami dihiburkan oleh penyanyi dangdut ok lah tu....sambil layan dangdut kami minum air strawberry fresh tak campur gula lagi. ahhhh perut dah lapar ni apa lagi kami minta pak driver hantar kami tempat makan kata kami tak payah singgah mana2 lagi terus aje gi tempat makan. Tempat makan kami namanya Saung Gawir Resto Ciwidey. kami dihidangkan Nasi Liwet (makanan tradisi Sunda) sedap betul, makanan nya fresh dan airnya  strawberry yang fresh tanpa gula makanannya betul2 menyihat kan sampai kami minta tambah nasi lagi. Sambil makan kami dijamukan dengan permandangan yg sangat cantik. Pukul 3pm kami bertolak ke bandung semula. dalam van semuanya tidur kekenyangan. Pukul 6pm kami sampai ke bandung dan dikesempatan ini kami singgah di Cibaduyut tempat barangan kulit tapi kami tak beli apa2 pun. Bagi pandangan aku buang masa aje singgah kat sini dah lah ramai orang, barang2 nya bukanlah berkualiti pun. Pukul 1930pm kami pun sampai ke Restoran Simpang Raya utk dinner. Kami dihidangkan makanan minang (tak sempat nak ambik gambar letih sgt). Aku dan anak2 kurang berselara mungkin tak kena dgn tekak kami. Pukul 9pm kami pun sampai ke hotel penginapan. Aduh letih betul......zzzzzzzzz
Everjoy Cafe - breakfast kat sini

Cappuccino special untuk anak ku Eqal


Salah satu view di Ciwidey
Kawah Putih yg tak putih pun
Suami ku & anak2 tengah posing kat Kawah Putih
Tengah layan lagu Sunda @ Kawah putih
Anak2 tengah layan lagu dangdut 
Nasi liwet
Nasi liwet (salah satu makanan tradisi sunda) dgn air strawberry fresh  yg baru dipetik  dr ladang
Saung Gawir Resto Ciwidey 
Cibaduyut area
Cibaduyut area

Nak turun ke Kawah Putih


Aku & anak ku naik pentas ni