Sunday, 27 September 2015

Jalan - Jalan ke Bandung 14/9/2015 (Day 4)

Dah hari ke4 hari ni, cepatnya masa berlalu. Hari ni kami akan ke Bandung Valcano & Shopping. Hari ni kami akan keluar awal, sebabnya banyak tempat tak cover lagi ni.....sempat tak ni.

0630am - Kami dah turun untuk breakfast
0700am - Pak driver dah tunggu tu. Kejap ya Pak, anak ku yg kecik tiba2 sakit perut & muntah

0730am - Kami menuju ke Tangkuban Perahu yang terletak lebih kurang 1jam from Bandung. Ia
terletak disebelah utara Bandung. tempat ni berada dikawasan Lembang. Kawasan ni macam Cameron Highland kat sini. Sebelum ni tempat ni agak dingin cuaca dalam 17celcius pada siang hari dan malam boleh turun hingga 2celcius  itu dulu, tapi waktu aku pergi dah tak dingin lagi. Salah satu factornya pembangunan yg banyak macam cendawan tumbuh dan mungkin juga musim kemarau sekarang ni.

0900am - Kami selamat sampai ke Gunung Tangkuban Perahu salah satu Valcano yg masih aktif. 40 minit aje kami kat sini sebab rimaslah dgn org2 yg asyik ikut kita kesana dan kemari tak senang kami nak melihat kawah dan pemandangan yg cantik ni.Sesiapa yg dah pergi kat sini faham maksud  aku ni kan.

0940am - Kami pun turun dari gunung. Kalau ikut jadual kami akan melawat Tea plantation & take a rest @ Ciater Hotspring, tapi malang nya tak jadi singgah ini disebabkan anakku Ameer tak sihat. kami minta Pak driver terus aje pergi ke Kampung Daun art & Culture Cafe. Pak driver tanya 'tak awal ke nak pergi lunch ni'. Aku jawab 'ngak apa', bolehlah kami rest dulu kat sana.

1100am - Kami sampai @ Kampung Daun art & Culture Cafe. Memang cantik tempat ni, berbaloi, sesiapa tak singgah memang rugi. Apak ku kata ' kalau kat sini sampai petang pun tak apa'. View nya memang cantik. Kat sini you can feel the fresh atmosphere, natural forest valley & the sound of waterfall & river masa having the lunch. Masih makanan Sunda tapi tak pe, janji sedap. Kami order desert yg agak sedap iatu Surabi Kinca, Surabi Oncom, Colenak & Bandrek iaitu air kelapa campur dgn halia dan diletak gula melaka kata mereka ini bagus untuk anak ku yg sakit perut & muntah2. 2 jam jugak kami kat sini. sembahyang pun kami kat sini cantik suraunya bersih.

1500pm  - Kami melawat Rumah Mode the Biggest Factory outlet in Bandung, located @ jln Setiabudi. Berbaloi beli barang kat sini aku pun bershopping lah jugak ini pun untuk anak2 ku. Tempat ni memang kena dgn jiwa ku. Sesiapa yg ke Bandung mesti datang sini k..

1700pm  - Sekarang kami ke Danar Hadi Boutique Bandung sesiapa yg nak beli batik yg exclusive bolehlah dtg kat sini, Aku dtg sini pun nak teman Kak Aida sebab dia memang suka batik ni.

1900pm  - Dinner @ 1 restoran yg tak ingat namanya, makanan  Sunda lagi tapi ok kena dgn tekak aku ia  terletak berdekatan hotel kami aje.

2100pm  - Back to hotel ......zzzzzzzzzz.



Tangkuban Perahu

 







Danar Hadi Boutique

Apak & Mak @ Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu


Tangkuban Perahu

Kampung Daun
 
Tangkuban Perahu

Apak & Mak @ Kampung Daun


Kampung Daun

Kampung Daun


Rumah Mode 

Kampung Daun







        

No comments:

Post a Comment