Saturday, 26 September 2015

Jalan - Jalan ke Bandung 11/9/2015 (Day 1)

Syukur kerana aku diberi kesempatan untuk melancong lagi melihat keindahan dunia dan kebesaran mu. Kali ni aku dan keluarga serta temanku dapat pergi ke bandung, Indonesia selama 5d 4n   (11/9/2015 - 15/9/2015)

Pukul 9pm aku telah selamat sampai di bandung, ingatkan sejuk tapi tak, aduh salah hari bulan kot. Bila tanya kawan - kawan yg dah pergi kat sana rata2 kata kat sana sejuk pada malam hari tapi sebaliknya. Kami anak beranak siap pakai sweater lagi masa turun dari flight. Sampai2 aje anak2 ku tanya 'apa ni ummi tak sejuk pun.....'. kalau ikutkan start dari bulan september - december cuaca agak dingin sedikit tapi mungkin jugak peralihan cuaca global sekarang ni Airport nya kecik aje , katanya itu Airport sementara tapi kata kawan ku yg pergi bersama 10 tahun dulu pun macam tu jugak. Kena banyak bersabar sebab kaunter imigresen nya  ada 2 je. Oh ya, kat dalam flight, isi siap2  'custom declaration form' 1 keluarga kena isi 1 form aje. Disebabkan kaunter imigresen nya 2 aje, jadi ambik masa lah jugak kami nak sampai kat luar, 1 jam jugak lah. Selepas semua settle kami pun keluar ke arrival hall. Pak Sapri (driver kami utk 5 hari ) telah setia menunggu kami. Laparlah pulak walaupun dalam flight tadi masing2 dah makan. Kata driver kami kat bandung ni rata2 kedai makan tutup pukul 9pm jadi tak banyak pilihan kalau waktu dah 10pm. Nasib baik lah ada Kampiun Bistro & Cafe. Makanan OK siap ada Tom Yam lagi macam gi Thailand lah pulak. Tapi disebab kan dah malam, mata mengantuk letih pulak, semuanya makan sikit aje. Hotel kami tak jauh dari tempat makan tu sekitar 15 minit aje. 1150 pm kami check in hotel.


Departure hall klia2  (tengoklah anak2 siap pakai sweater lagi)

Kat Airport bandung tengah queue utk check immigration - tengok tu semuanya letih
Bilik hotel
Ni bilik air nya , bersihkan

No comments:

Post a Comment