Sunday, 25 October 2015

YOK Jakarta, Indonesia 11/10/2015 - 13/10/2015


Semalam (11/10/2015) @ 0820am aku selamat sampai di Jakarta, Indonesia. Aku sekeluarga dijemput oleh pihak Swissbell hotel yg setia menunggu di arrival hall. Selepas  tu aku sekeluarga dibawa ke hotel utk check in. Aku letak bag dan terus ambik teksi pergi ke Kota  Tua (Old Jakarta).  Kos teksi (1 way)  dari hotel ke Kota Tua adalah IDR150,000. Kota Tua adalah peningalan Belanda ataupun dipanggil Batavia. History of the building adalah seperti dibawah:

1707 - 1710 Contruction of the building
1710 - 1816 Batavia  Town Hall
1816 - 1905 Office of Resident of Batavia
1905 - 1925 Batavia Town Hall
1925 - 1942 Office of the Governor of West Java
1942 - 1945 Office for Logistical procurement of the Dai Nippon Administration
1945 - 1952 Office of the Governor of West Java
1952 - 1968 Headquaters of he Municipal Military Command I, which later became the 0503 Military Command District of West Java
1968            The Building was handed over to the Regional Goverment of DKI Jakarta
30/3/1974    Officially designated as  the Museum of Jakarta's History by Governor Ali Sadikin

Di Kota Tua ini bermacam ragam manusia boleh kita lihat bukan saja terkenal ngan sejarah tapi disini adalah tempat tumpuan warga kota untuk beristirehat hujung minggu. Disini juga tempat warga kota mencari rezeki, ada menjadi kapten amerika,cinderella,boboiboy dan bermacam lagi. Sewa basikal juga disediakan. Jika anda kehausan bolehlah singgah di Batavia Cafe,tempat  ini adalah tumpuan warga asing yang ramai berkunjung di Kota Tua ini.

Bila aku lihat di.sekeliling berapa aku bersyukur lahir di Malaysia. tapi memang aku tabik dengan dia orang ni mereka gigih mencari rezeki bermacam cara mereka buat untuk mencari rezeki. Buatkan kita insaf bertapa bersemangat mereka ini tidak mengenal erti penat lelah, malu maupun putus asa itulah warga indonesia. Selepas aku berpusing2 di Kota Tua aku ambik kenderaan tut tut yg terkenal disini, Kenderaan ini sesuai waktu macet (traffic sesak). Aku ambik kenderaan ni untuk pegi ke Mangga Dua yg terkenal utk pemborong. Tapi aku amatlah tak berminat tempat ni, pening kepalaku dibuatnya sesak betul ngan pengunjung. Sesiapa yg berminat silakan.

Aku pun ambik teksi blue bird yg terkenal di Indonesia unuk pegi ke Masjid Istiqlal yg terbesar di asia tenggara. Aku sarankan sesiapa yg berkunjung di Indonesia ambik teksi ni. kerana service, keselamatan & yg penting tak menipu (pakai meter). Aku bersyukur dapat bersembahyang asar berjemaah di masjid ini. Lepas tu aku berjalan kaki utk melihat National Monumen ataupun Monas ia berdekatan dgn presidential Palace (tengok dari jauh je sebab dah penat sangat).

Apa yg boleh aku katakan kota Jakarta ni kurang bersih sampah merata2, berdebu dan terkenal ngan kesibukan lalu lintas. Jika anda ingin kesini 3d 2n sudah memadai.Satu lagi nasihat ku jgn makan ditepi2 jln, sebab hygiene nya kurang jika anda suka silakan. Cuma aku ingin memberi 5* pada bapak pemerintah kerna tidak ada peminta sedekah di kota ini melainkan ada seorang dua di Masjid Istiqlal.

Makan malam aku ambik di D'COST Seafood Airport makan disini memang best yg paling aku suka Ikan Gurami Bakar Kecap. Disini kita pilih makanan melalui kad yg kita pilih nasi & air percuma. Jika ingin air yg special itu lain harga. Jangan risau 100% halal. Memang puas makan disini, harga pun berpatutan.



Danial happy nak g jakarta

Aku,Eqal & Ameer @ Departure hall klia2

Just landing @ Jakarta Airport T3

Dari Flight to next building

Transport to Hotel

Suamiku happy tengok awek Jakarta

@ Hotel Swissbel

@ Hotel Swissbell

@ Hotel Swissbell

@ Kota Tua
Dalam Muzium @ Kota Tua (tengok tu Ameer dah panas)



Aduh penat rehat jap kat batu bersurat

Penjara wanita @ Muzium

Panas nya jom minum @ Batavia Cafe berhadapan muzium

Gambar2 dlm toilet Batavia Cafe

Suamiku, Danial, Eqal & Ameer

Dalam tut tut menuju ke mangga dua

Dalam mangga dua

Tempat wuduk Masjid Istiqlal

Dalam Masjid Istiqlal

masa ni nak masuk waktu asar

Inilah Monas 

Gereja berhadapan Masjid Istiqlal

Tak larat dah nak masuk kat dalam, belakang tu Monas & rumah Presiden

Bilik hotel

Bilik airnya, cantik kan

Baru bangun tidur nak breakfast

Ini dia D'Cost Seafood

Breafast @ Swiss Cafe

Happy Eqal & Danial nak dinner ni

Lenguh2 kaki ni

Nak order ambik kad ni & tunjuk kat cashier, senang kan

Disekitar Hotel

Inilah Ikan Gurami Kecap

Ready nak pulang

Canggih ada perkhidmatan charge hp @ Airport (Samsung ngan blackberry je)




Inilah serba sedikit tentang Jakarta pada pandanganku. Jika sesiapa ada wang lebih boleh pergi ke Bogor kira-kira 2 jam dari sini. Jakarta banyak mengajarku erti bersyukur, tidak cepat putus asa & erti sebuah kehidupan. Besarlah harapan ku agar anak2 ku mengambil pengajaran ni.

Dibawah ini aku sertakan 1 resepi yg aku pelajari di Hotel aku duduki.


Kolak Pisang 

Bahan2 nya
Pisang abu, keledek & buah enau
Santan kelapa
Gula Melaka
Gula pasir
Daun pandan
Sedikit garam
Air

Buat seperti bubur biasa, kalau kita, panggil pengat pisang cuma dia ada penambahan keledek & buah enau. Cuba lah pasti sedap.


Salam sayang
Sarina Isa





Monday, 12 October 2015

WOW Krabi, Thailand 31/5/2015 (Day 4)

0700am  - Pagi ni macam biasa aku & family breakfast @ hotel. Sedih lah pulak hari ni. Tapi makan laju jugak. Maklumlah kang lapar lah pulak sebab flight aku  kul 1425pm.

1100am  - Aku check out hotel. Transport aku ambil kat hotel je murah THB800.00. Sebelum aku & family dihantar kat airport kami dibawa ke Krabi Town & singgah kat kedai menjual aneka snek untuk dibawa pulang.

1240pm  - Sebelum berlepas pulang aku & family mengambil kesempatan untuk sembahyang di surau airport. Insyaallah jika ada kesempatan lagi aku & keluarga akan datang lagi.

1425pm  - Depart to Kuala Lumpur.


Kedai aneka snek untuk dibawa pulang

Siap sedia nak naik van to airport

Singgah jap kat Krabi Town - ambik gambar je

Bye bye Krabi

Nak naik flight







Salam Sayang

Sarina Isa

Sunday, 4 October 2015

WOW Krabi,Thailand 30/5/2015 (Day 3)



0700am  - Breakfast @ hotel, apa yg special hari ni chef hotel telah menunjukkan satu resipi yg tidak pernah aku cuba kat Malaysia. Pernah dengar nenas goreng tepung? (macam goreng pisang). Kreatif betul org mereka. Sesiapa nak cuba boleh lah buat lepas ni.

0900am  - Hari ni aku pergi ke private beach hotel ni . 10 minit je dari hotel. Pihak hotel sediakan transport pergi dan balik. Just inform je pihak pengurusan di resort tu pukul berapa kita nak balik ke hotel semula. mereka akan arrage kan. Ownernya european, tempat ni memang sesuai untuk aku. Aku kat sini sehingga pukul 1600pm. Anak2 seronok main pasir, tidur atas buaian dgn angin yg nyaman dikelilingi oleh pokok2. Tak perlu bawa apa2 mereka telah sediakan semuanya untuk kita (FOC tau). Cuma makanan je kita kena bayar disini.

Apa boleh aku kata makanan kat sini awesome teringat2 hingga sekarang. Makanannya betul2 fresh. Jangan risau harganya berpatutan.

2000pm  - Malam ni aku nak cuba 1 lagi restoran yg best kat sini namanya Restoran Hasna berdekatan hotel yg aku duduk. Apa yg boleh aku kata makanan kat sini lagi best. Disini juga disediakan bilik penginapan dgn harga berpatutan. Sesiapa yg berminat bolehlah booking tempat ni. Malam ni adalah malam terakhir aku disini rasa sedihlah pulak. Sebenarnya banyak lagi tempat yg aku tak cover,  jika ada rezeki aku datang lagi Insyaallah.




Transport yg akan menghantar kami ke pantai

Salah satu menu yg ada di private beach

View @Private beach

Private beach

Back to hotel

Van utk balik ke hotel


Farah happy tengok makanan

Pandang jauh nampak

Ameer happy tengok makanan

Bestnya - ini adalah salah satu gerai yg ada sepanjang jalan

Semuanya sedap2

@ Restoran Hasna

Gerai Kak Dah - Baju2 dia ok tau

Self service washing machine, pun ada - class (kat tepi jln je)