Semalam (11/10/2015) @ 0820am aku selamat sampai di Jakarta, Indonesia. Aku sekeluarga dijemput oleh pihak Swissbell hotel yg setia menunggu di arrival hall. Selepas tu aku sekeluarga dibawa ke hotel utk check in. Aku letak bag dan terus ambik teksi pergi ke Kota Tua (Old Jakarta). Kos teksi (1 way) dari hotel ke Kota Tua adalah IDR150,000. Kota Tua adalah peningalan Belanda ataupun dipanggil Batavia. History of the building adalah seperti dibawah:
1707 - 1710 Contruction of the building
1710 - 1816 Batavia Town Hall
1816 - 1905 Office of Resident of Batavia
1905 - 1925 Batavia Town Hall
1925 - 1942 Office of the Governor of West Java
1942 - 1945 Office for Logistical procurement of the Dai Nippon Administration
1945 - 1952 Office of the Governor of West Java
1952 - 1968 Headquaters of he Municipal Military Command I, which later became the 0503 Military Command District of West Java
1968 The Building was handed over to the Regional Goverment of DKI Jakarta
30/3/1974 Officially designated as the Museum of Jakarta's History by Governor Ali Sadikin
Di Kota Tua ini bermacam ragam manusia boleh kita lihat bukan saja terkenal ngan sejarah tapi disini adalah tempat tumpuan warga kota untuk beristirehat hujung minggu. Disini juga tempat warga kota mencari rezeki, ada menjadi kapten amerika,cinderella,boboiboy dan bermacam lagi. Sewa basikal juga disediakan. Jika anda kehausan bolehlah singgah di Batavia Cafe,tempat ini adalah tumpuan warga asing yang ramai berkunjung di Kota Tua ini.
Bila aku lihat di.sekeliling berapa aku bersyukur lahir di Malaysia. tapi memang aku tabik dengan dia orang ni mereka gigih mencari rezeki bermacam cara mereka buat untuk mencari rezeki. Buatkan kita insaf bertapa bersemangat mereka ini tidak mengenal erti penat lelah, malu maupun putus asa itulah warga indonesia. Selepas aku berpusing2 di Kota Tua aku ambik kenderaan tut tut yg terkenal disini, Kenderaan ini sesuai waktu macet (traffic sesak). Aku ambik kenderaan ni untuk pegi ke Mangga Dua yg terkenal utk pemborong. Tapi aku amatlah tak berminat tempat ni, pening kepalaku dibuatnya sesak betul ngan pengunjung. Sesiapa yg berminat silakan.
Aku pun ambik teksi blue bird yg terkenal di Indonesia unuk pegi ke Masjid Istiqlal yg terbesar di asia tenggara. Aku sarankan sesiapa yg berkunjung di Indonesia ambik teksi ni. kerana service, keselamatan & yg penting tak menipu (pakai meter). Aku bersyukur dapat bersembahyang asar berjemaah di masjid ini. Lepas tu aku berjalan kaki utk melihat National Monumen ataupun Monas ia berdekatan dgn presidential Palace (tengok dari jauh je sebab dah penat sangat).
Apa yg boleh aku katakan kota Jakarta ni kurang bersih sampah merata2, berdebu dan terkenal ngan kesibukan lalu lintas. Jika anda ingin kesini 3d 2n sudah memadai.Satu lagi nasihat ku jgn makan ditepi2 jln, sebab hygiene nya kurang jika anda suka silakan. Cuma aku ingin memberi 5* pada bapak pemerintah kerna tidak ada peminta sedekah di kota ini melainkan ada seorang dua di Masjid Istiqlal.
Makan malam aku ambik di D'COST Seafood Airport makan disini memang best yg paling aku suka Ikan Gurami Bakar Kecap. Disini kita pilih makanan melalui kad yg kita pilih nasi & air percuma. Jika ingin air yg special itu lain harga. Jangan risau 100% halal. Memang puas makan disini, harga pun berpatutan.
| Danial happy nak g jakarta |
| Aku,Eqal & Ameer @ Departure hall klia2 |
| Just landing @ Jakarta Airport T3 |
| Dari Flight to next building |
| Transport to Hotel |
| Suamiku happy tengok awek Jakarta |
| @ Hotel Swissbel |
| @ Hotel Swissbell |
| @ Hotel Swissbell |
| @ Kota Tua |
| Dalam Muzium @ Kota Tua (tengok tu Ameer dah panas) |
| Aduh penat rehat jap kat batu bersurat |
| Penjara wanita @ Muzium |
| Panas nya jom minum @ Batavia Cafe berhadapan muzium |
| Gambar2 dlm toilet Batavia Cafe |
| Suamiku, Danial, Eqal & Ameer |
| Dalam tut tut menuju ke mangga dua |
| Dalam mangga dua |
| Tempat wuduk Masjid Istiqlal |
| Dalam Masjid Istiqlal |
| masa ni nak masuk waktu asar |
| Inilah Monas |
| Gereja berhadapan Masjid Istiqlal |
| Tak larat dah nak masuk kat dalam, belakang tu Monas & rumah Presiden |
| Bilik hotel |
| Bilik airnya, cantik kan |
| Baru bangun tidur nak breakfast |
| Ini dia D'Cost Seafood |
| Breafast @ Swiss Cafe |
| Happy Eqal & Danial nak dinner ni |
| Lenguh2 kaki ni |
| Nak order ambik kad ni & tunjuk kat cashier, senang kan |
| Disekitar Hotel |
| Inilah Ikan Gurami Kecap |
| Ready nak pulang |
| Canggih ada perkhidmatan charge hp @ Airport (Samsung ngan blackberry je) |
Inilah serba sedikit tentang Jakarta pada pandanganku. Jika sesiapa ada wang lebih boleh pergi ke Bogor kira-kira 2 jam dari sini. Jakarta banyak mengajarku erti bersyukur, tidak cepat putus asa & erti sebuah kehidupan. Besarlah harapan ku agar anak2 ku mengambil pengajaran ni.
Dibawah ini aku sertakan 1 resepi yg aku pelajari di Hotel aku duduki.
Kolak Pisang
Bahan2 nya
Pisang abu, keledek & buah enau
Santan kelapa
Gula Melaka
Gula pasir
Daun pandan
Sedikit garam
Air
Buat seperti bubur biasa, kalau kita, panggil pengat pisang cuma dia ada penambahan keledek & buah enau. Cuba lah pasti sedap.
Salam sayang
Sarina Isa
No comments:
Post a Comment