Saturday, 3 October 2015

WOW Krabi,Thailand 28/5/2015 (Day 1)

Semua orang suka melancongkan? Termasuklah aku. Memang hobi aku anak beranak suka melancong lebih kepada makanan & meneroka alam dari membeli - belah. Pada awal tahun, selepas balik umrah kami anak beranak berbincang utk the next trip 'selepas ni nak kemana lak ya'. Bajet kecik je RM3,500 untuk kami sekeluarga (5 pax). Akhirnya kami memilih untuk pergi ke Krabi, Thailand. Bila tengok ticket flight, hotel,makan, insurance & duit pocket kira tempat nilah sesuai ngan bajet kami. Apa ada kat Krabi ni? Jom tengok kat bawah ni. Lawatan aku kali ni adalah
4d 3n (28/5/2015 - 31/5/2015)

1600pm  - Aku anak beranak depart ke Krabi, Thailand dgn pesawat Air Asia. Duration 1hr 25mnt je.
1625pm  - Waktu Thailand (perbezaan 1 jam lewat dari Malaysia) aku telah selamat sampai di Krabi. Airportnya comel aje, Langkawi airport lagi cantik,cayok Malaysia.

1700pm  - Selepas semua selesai aku ke arrival hall untuk ambik transport ke hotel yg aku dah tempah dari awal. Untuk satu MPV harganya THB 1100.00. Kira ok lah untuk kami 7 org (keluarga ku & kakak angkatku serta anaknya). Kawasan airportnya bersih aku suka. Rupa2 nya transport yg. aku ambik ni  link ngan tour agent. pandai betul strategy dia org ni ye. Dlm van, driver nya bagitau dia nak singgah kat officenya sekejap, aku kata 'no problem' rupa2nya itu strategy mereka, nampak macam tak profesional tapi sebenarnya bagus. Banyaklah kereta berhenti kat situ, yalah semua yg ambik transport dari airport akan berhenti disitu. Kami disambut oleh seorang wanita, dgn lenggok profesional, dia mempromosikan ground package dengan harga berpatutan. Harga package boleh dibincang ikut bajet kita. Aku pun decide ambik package ke Phi Phi Islands (cover 8 pulau) by speed boat.

1800pm  - Aku check in @ Hotel Aonang Cliff Beach Resort 4*. Hotelnya cantik sekali aku puas hati. Tempatnya betul2 strategik.

2000pm  - Kami 7 org keluar cari makan. Makanan jgn risau banyak kedai halal berdekatan ngan hotel. Masjid pun dekat. Kalau ada masjid ramailah org muslim di area ni. Sebelum kami keluar dari hotel staff hotel telah memperkenal 1 restoran yg bagus, jadi kami pun nak cubalah. Pihak restoran menjemput kami dgn menaiki motor roda tiga. Sepanjang kami naik kenderaan tu, tak sudah2 kami ketawa seronok. Memang puashati makan kat situ. Harga berpatutan sekali. Sesiapa dtg kat sini mesti singgah ya. Nama restorannya Rohanee Thai Malay Seafood,  aonang beach area.

2200pm  - Selepas makan kami berjalan disekitar hotel. Disini untuk pencinta makanan atau pencinta alam semulajadi amat sesuai dtg kat sini. Tapi awas untuk kaki shopping, ini bukan tempat anda. Aku sangat suka tempat ni begitu juga keluargaku.

2300pm  - Back to hotel zzzzzzzzzzzzzzz



Sedang bargain harga package

Check in Hotel

Sebelah hotel ada Mc Donald lagi



Happy betul suami & anak2 naik motor roda tiga

View from hotel

Belakang tu Masjid under contruction

Cafe @ hotel

Tekun tengah pilih menu semuanya sedap2 @ Rohanee Thai Malay Seafood

Swimming Pool @ Hotel

Hotel Aonang Cliff Beach Resort

View hadapan restoran

Happy dapat deal price- ground package

Suami, Danial, Farah & Ameer

Tengah tunggu van from airport to hotel

Departure hall klia2

Flight Air Asia to Krabi






























No comments:

Post a Comment