Saturday, 26 December 2015

Jungle Tour @ Krabi, Thailand (Emerald Pool)

Mesti orang tertanya2 kenapa aku suka ngan Krabi ni. Aku suka ngan makanannya,view & kebersihan nya. Makanannya murah2 dan sedap, begitu juga ngan banana shake nya memang sedap giler cuma THB30 begitu juga ngan pancake nya memang terangkatlah di jamin 100% halal. Nak beli coklat beli kat sini murah begitu juga ngan shampoo dan ubat gigi. Kalau sakit jangan risau banyak klinik kat area Ao Nang ni.

Hotel nya pulak banyak yang cantik2 dan bersih. Nak best duduk kat area Ao Nang Beach. Pelancong jangan cakap lah memang ramai kalau pergi bulan December. Kalau nak pegi sini datang lah waktu  low season March, April, May & June. Pada masa ni hotel akan jadi murah boleh lah duduk hotel 4*. Tapi jangan risau hotel 2*  pun cantik & bersih. Nak hotel islamic breakfast 100% halal pemiliknya orang muslim,datanglah kat Andaman Pearl Resort, Ao Nang Krabi. Hotel ni baru saja dibuka pada bulan September 2015 lepas.

Bukan saja makanan nya best tapi kita juga boleh pegi ke Phi Phi Islands, 4 Islands, Hong Islands, Phang Nga Sea & Jungle Tour, tempat2 ni memang best giler. Baru2 ni aku pegi ke Emerald Pool (Jungle Tour) Ya Allah cantik nya tempat ni  kalau tak caya cuba tanya pak cik google. Ia terletak  kat Khao Phra Bang Khram Nature Reserve iaitu 1 jam perjalanan dari Ao Nang. Air nya bagus untuk penyakit kulit. Kalau datang pagi2 kita akan nampak airnya berwarna kehijau-hijauan macam kristal.Air nya betul2 bersih sebab ianya adalah natural spring water. Lepas tu kita boleh pegi kat Hot Spring Waterfall pulak. Kalau anda larat boleh mendaki Tiger Cave Temple, nak naik gunung ni kita kena mendaki 1,237 anak tangga. Aku memang tak larat. package untuk Jungle Tour ni hanya THB700 p/pax full day (0800am - 1700pm) iaitu Transport, Tour, Fee, Lunch (100% halal food) & Insurance.

Sekarang ni kita jangan risau ngan transport ambik je Air Asia Flight murah beli awal2 atau waktu promotion berbaloi semua orang boleh terbang tak gitu kan. Selamat bercuti.

Danial @ Andaman Pearl Resort, Krabi

View from Hotel

Ao Nang Beach

Food Street @ Ao Nang Beach (Gerai2 tepi jln, sedap & murah - Peniaganya semua org muslim)

Aku @ Hotel
Ameer @ Balcony Hotel

@ Emerald Pool 800m kat dalam

Mandi @ Emerald Pool - Air warna kehijauan

Suami ku posing sebelum mandi

Happy betul danial

Pelancong bangsa asing

@ hot spring

Hot Stream - jgn risau airnya tak panas pun

tengok tu anak2 ku rendam kaki lagi

@ Tiger Cave

View dari atas Tiger cave

Di bawah Tiger Cave



Tangga untuk ke Tiger Cave @ 1,237 anak tangga

Berjaya Ameer & Danial ke puncak Tiger Cave

Salah satu view dari puncak Tiger Cave

Di hadapan gerai pancake yg Tuan Anas Mikhail makan

Gerai pak cik ni dah glamour semenjak drama Tuan Anas Mikhail 

Banana Shake - Murah & sedap

Bestnya breakfast @ Hotel (100% halal)

Check kolam renang jap

Danial @ puncak Tiger Cave


Tengok tu kakak yg jual air - glamour habis 

Main buaian jap
Cantik kan - View @ Hotel



Tuesday, 1 December 2015

Kenangan Bersama Ibu yg Tercinta (Rabiah Kahar)

Mak, kenangan bersama mu tak akan ku lupakan sehingga sekarang. Engkau sentiasa ada dihatiku. Setiap waktu aku doakan, Mak. Jika engkau ada sekarang akan ku jaga dikau, akan ku bawa kemana saja aku pegi akan ku layan mu seperti Ratu.  Emak aku pegi diusia 37 tahun tapi aku tahu Allah amat menyayangi emakku.Aku redha. Walaupun sekejap aku bersamamu tapi kenangan tu tak akan aku lupakan seumur hidupku.

Semalam waktu di surau aku lihat ada seorang wanita melayan ibu nya dengan baik sekali. Beruntung Ibu yang ada anak begitu. Menitis airmataku. Cemburu aku dengan anda. Sesiapa yg ada ibu, pegilah jenguk mereka, tanyalah khabar mereka, jagalah kebajikan mereka, janganlah disusahkan hati mereka, selalulah gembirakan mereka dan janganlah diaibkan mereka. Beruntung org yg masih ada Mak. Ketahui lah anda doa Mak amat makbul. Pinta lah restu mereka jgnlah membelakangkan mereka. Pasti anda diberkati Allah.

Semasa aku menulis ni airmataku menitis, aku rindukan ibuku. Walaupun kau sudah 25tahun meninggalkan aku. Tapi kau sentiasa ada dihatiku. Aku berdoa setiap waktu ingin jumpamu di Syurga nanti. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 Mak ku, masukkanlah Mak ku kedalam Syurga mu dan masukkan lah Mak ku didalam org2 yg beriman. Amin




Salam Sayang
Sarina Isa