Saturday, 26 December 2015

Jungle Tour @ Krabi, Thailand (Emerald Pool)

Mesti orang tertanya2 kenapa aku suka ngan Krabi ni. Aku suka ngan makanannya,view & kebersihan nya. Makanannya murah2 dan sedap, begitu juga ngan banana shake nya memang sedap giler cuma THB30 begitu juga ngan pancake nya memang terangkatlah di jamin 100% halal. Nak beli coklat beli kat sini murah begitu juga ngan shampoo dan ubat gigi. Kalau sakit jangan risau banyak klinik kat area Ao Nang ni.

Hotel nya pulak banyak yang cantik2 dan bersih. Nak best duduk kat area Ao Nang Beach. Pelancong jangan cakap lah memang ramai kalau pergi bulan December. Kalau nak pegi sini datang lah waktu  low season March, April, May & June. Pada masa ni hotel akan jadi murah boleh lah duduk hotel 4*. Tapi jangan risau hotel 2*  pun cantik & bersih. Nak hotel islamic breakfast 100% halal pemiliknya orang muslim,datanglah kat Andaman Pearl Resort, Ao Nang Krabi. Hotel ni baru saja dibuka pada bulan September 2015 lepas.

Bukan saja makanan nya best tapi kita juga boleh pegi ke Phi Phi Islands, 4 Islands, Hong Islands, Phang Nga Sea & Jungle Tour, tempat2 ni memang best giler. Baru2 ni aku pegi ke Emerald Pool (Jungle Tour) Ya Allah cantik nya tempat ni  kalau tak caya cuba tanya pak cik google. Ia terletak  kat Khao Phra Bang Khram Nature Reserve iaitu 1 jam perjalanan dari Ao Nang. Air nya bagus untuk penyakit kulit. Kalau datang pagi2 kita akan nampak airnya berwarna kehijau-hijauan macam kristal.Air nya betul2 bersih sebab ianya adalah natural spring water. Lepas tu kita boleh pegi kat Hot Spring Waterfall pulak. Kalau anda larat boleh mendaki Tiger Cave Temple, nak naik gunung ni kita kena mendaki 1,237 anak tangga. Aku memang tak larat. package untuk Jungle Tour ni hanya THB700 p/pax full day (0800am - 1700pm) iaitu Transport, Tour, Fee, Lunch (100% halal food) & Insurance.

Sekarang ni kita jangan risau ngan transport ambik je Air Asia Flight murah beli awal2 atau waktu promotion berbaloi semua orang boleh terbang tak gitu kan. Selamat bercuti.

Danial @ Andaman Pearl Resort, Krabi

View from Hotel

Ao Nang Beach

Food Street @ Ao Nang Beach (Gerai2 tepi jln, sedap & murah - Peniaganya semua org muslim)

Aku @ Hotel
Ameer @ Balcony Hotel

@ Emerald Pool 800m kat dalam

Mandi @ Emerald Pool - Air warna kehijauan

Suami ku posing sebelum mandi

Happy betul danial

Pelancong bangsa asing

@ hot spring

Hot Stream - jgn risau airnya tak panas pun

tengok tu anak2 ku rendam kaki lagi

@ Tiger Cave

View dari atas Tiger cave

Di bawah Tiger Cave



Tangga untuk ke Tiger Cave @ 1,237 anak tangga

Berjaya Ameer & Danial ke puncak Tiger Cave

Salah satu view dari puncak Tiger Cave

Di hadapan gerai pancake yg Tuan Anas Mikhail makan

Gerai pak cik ni dah glamour semenjak drama Tuan Anas Mikhail 

Banana Shake - Murah & sedap

Bestnya breakfast @ Hotel (100% halal)

Check kolam renang jap

Danial @ puncak Tiger Cave


Tengok tu kakak yg jual air - glamour habis 

Main buaian jap
Cantik kan - View @ Hotel



No comments:

Post a Comment