Mak, kenangan bersama mu tak akan ku lupakan sehingga sekarang. Engkau sentiasa ada dihatiku. Setiap waktu aku doakan, Mak. Jika engkau ada sekarang akan ku jaga dikau, akan ku bawa kemana saja aku pegi akan ku layan mu seperti Ratu. Emak aku pegi diusia 37 tahun tapi aku tahu Allah amat menyayangi emakku.Aku redha. Walaupun sekejap aku bersamamu tapi kenangan tu tak akan aku lupakan seumur hidupku.
Semalam waktu di surau aku lihat ada seorang wanita melayan ibu nya dengan baik sekali. Beruntung Ibu yang ada anak begitu. Menitis airmataku. Cemburu aku dengan anda. Sesiapa yg ada ibu, pegilah jenguk mereka, tanyalah khabar mereka, jagalah kebajikan mereka, janganlah disusahkan hati mereka, selalulah gembirakan mereka dan janganlah diaibkan mereka. Beruntung org yg masih ada Mak. Ketahui lah anda doa Mak amat makbul. Pinta lah restu mereka jgnlah membelakangkan mereka. Pasti anda diberkati Allah.
Semasa aku menulis ni airmataku menitis, aku rindukan ibuku. Walaupun kau sudah 25tahun meninggalkan aku. Tapi kau sentiasa ada dihatiku. Aku berdoa setiap waktu ingin jumpamu di Syurga nanti. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 Mak ku, masukkanlah Mak ku kedalam Syurga mu dan masukkan lah Mak ku didalam org2 yg beriman. Amin
Salam Sayang
Sarina Isa
No comments:
Post a Comment